Assalamualaikum. Hai!


Terima kasih sudi singgah di blogshop yang gojes ini. Firstly, CikSha nak terangkan serba ringkas tentang Kiosk Gojes ni. Sebenarnya, Kiosk Gojes ni CikSha dah guna sejak mula berniaga secara online kat Facebook lagi start tahun 2016. Kira macam jenama untuk Kedai Online CikSha la. 

 
Perniagaan online yang CikSha duk buat ni sebenarnya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah syarikat kecil CikSha, RSCreative Enterprise (TR0169471-D). Satu payung dengan bisnes CikSha satu lagi yang design design tu. Boleh skodeng web SF Design Lab kalau nak tahu.



Macam mana CikSha boleh terjebak dengan bisnes online?

Kalau nak tahu, CikSha ni memang suka sangat berniaga. Sebelum start bisnes online ni, memacam bisnes secara offline dah CikSha gigih menjebakkan diri. Sebenarnya dari tahun 2010 CikSha dah start bisnes design secara freelance tu melalui online tau. Mostly dapat customer memang dari online sepenuhnya. Dan masih lagi berjalan bisnes design CikSha tu sampai sekarang.


Haaaa..nampak sangat minat berniaga kan? Itu yang berjinak-jinak bukak 'kedai' jual barang kecantikan wanita dengan makanan pulak ha. Sesambil bantu orang dapat muka gojes dan happy dapat makan yang sedap-sedap, dapat bantu suami cari duit tambahan. Maklum la family dah besaq. Gitu.





Kenapa Kiosk Gojes?

Sebab CikSha gojes la uols. Hihi. Takde la. Gurau je. Sebab CikSha rasa macam catchy je nama tu. Nak bagi orang tertarik kena la guna nama yang lain dari yang lain kan?


Blog ni dibuat untuk apa?

Mesti la untuk CikSha kongsi semua info tentang produk dengan lebih details. Nak tayang jugak feedback dan testimoni yang menggugat keimanan korang untuk shopping dengan CikSha. Dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan dunia kecantikan, pemakanan dan juga kesihatan untuk orang perempuan. InsyaAllah.


So, stay tune ok! Terima kasih sudi baca karangan CikSha. Inilah salah satu sebab CikSha buat blog untuk bisnes online CikSha ni. Jari ni suka menulis sangat. Kalau tak panjang berjela-jela memang tak sah. Hihi.


Thank you for dropping by. Enjoy reading guys! Don't forget to shopping too! 😘